Competition in this pair is now closed, and the winning entry has been announced. Discussion and feedback about the competition in this language pair may now be provided by visiting the "Discussion & feedback" page for this pair. Entries may also be individually discussed by clicking the "Discuss" link next to any listed entry. Source text in English Who cast that first fateful tomato that started the La Tomatina revolution? The reality is no one knows. Maybe it was an anti-Franco rebellion, or a carnival that got out of hand. According to the most popular version of the story, during the 1945 festival of Los Gigantes (a giant paper mâché puppet parade), locals were looking to stage a brawl to get some attention. They happened upon a vegetable cart nearby and started hurling ripe tomatoes. Innocent onlookers got involved until the scene escalated into a massive melee of flying fruit. The instigators had to repay the tomato vendors, but that didn't stop the recurrence of more tomato fights—and the birth of a new tradition.
Fearful of an unruly escalation, authorities enacted, relaxed, and then reinstated a series of bans in the 1950s. In 1951, locals who defied the law were imprisoned until public outcry called for their release. The most famous effrontery to the tomato bans happened in 1957 when proponents held a mock tomato funeral complete with a coffin and procession. After 1957, the local government decided to roll with the punches, set a few rules in place, and embraced the wacky tradition.
Though the tomatoes take center stage, a week of festivities lead up to the final showdown. It's a celebration of Buñol's patron saints, the Virgin Mary and St. Louis Bertrand, with street parades, music, and fireworks in joyous Spanish fashion. To build up your strength for the impending brawl, an epic paella is served on the eve of the battle, showcasing an iconic Valencian dish of rice, seafood, saffron, and olive oil.
Today, this unfettered festival has some measure of order. Organizers have gone so far as to cultivate a special variety of unpalatable tomatoes just for the annual event. Festivities kick off around 10 a.m. when participants race to grab a ham fixed atop a greasy pole. Onlookers hose the scramblers with water while singing and dancing in the streets. When the church bell strikes noon, trucks packed with tomatoes roll into town, while chants of "To-ma-te, to-ma-te!" reach a crescendo.
Then, with the firing of a water cannon, the main event begins. That's the green light for crushing and launching tomatoes in all-out attacks against fellow participants. Long distance tomato lobbers, point-blank assassins, and medium range hook shots. Whatever your technique, by the time it's over, you will look (and feel) quite different. Nearly an hour later, tomato-soaked bombers are left to play in a sea of squishy street salsa with little left resembling a tomato to be found. A second cannon shot signals the end of the battle. | The winning entry has been announced in this pair.There were 15 entries submitted in this pair during the submission phase, 4 of which were selected by peers to advance to the finals round. The winning entry was determined based on finals round voting by peers.
Competition in this pair is now closed. | Siapakah manusia pertama yang melontar buah tomato lantas memulakan revolusi La Tomatina? Sebenarnya, tiada siapa yang tahu. Mungkin si pemberontak anti-Franco ataupun mungkin semasa satu karnival yang berakhir dengan huru-hara. Mengikut versi kisah yang paling popular, semasa di festival Los Gigantes pada tahun 1945 (perarakan boneka papier mache terbesar), penduduk tempatan ketika itu sedang mencari ruang memulakan perbalahan untuk menagih perhatian. Mereka terjumpa sebuah kereta sorong berisi sayuran lantas mula membaling tomato yang ranum. Pemerhati di jalanan turut serta dan keadaan berubah menjadi adegan baling-membaling buah. Mereka yang memulakan kekecohan itu terpaksa membayar ganti rugi kepada penjual tomato, tetapi kejadian itu membawa kepada bermulanya lebih banyak pesta baling tomato dan lahirlah satu tradisi baharu. Bimbang berlakunya kekecohan yang lebih besar, pihak berkuasa menggubal undang-undang, bersikap lebih bertimbang-rasa, kemudiannya menetapkan semula pelbagai larangan pada tahun 1950. Pada tahun 1951, penduduk tempatan yang melanggar undang-undang tersebut dihukum penjara sehinggalah orang awam menuntut pembebasan mereka. Tindakan paling berani dan menjadi sebutan ramai tentang larangan tomato ini terjadi pada tahun 1957 apabila para penyokong mengadakan pengebumian tomato olok-olok lengkap dengan keranda dan perarakan. Selepas tahun 1957, pemerintah tempatan memutuskan untuk mengikut suara ramai, kemudian menetapkan beberapa peraturan dan menerima tradisi yang karut ini. Meskipun buah tomato ialah agenda utamanya, pelbagai pesta diadakan selama seminggu sebelum acara kemuncak itu berlangsung. Acara itu menjadi satu pesta sambutan penaung wali Buñol, Virgin Mary dan St. Louis Bertrand, yang diiringi perarakan di jalanan, muzik dan membakar bunga api menurut kemeriahan budaya rakyat Sepanyol. Sebagai persediaan mengumpul kekuatan untuk pertarungan itu, sejenis hidangan tradisi atau paella dihidangkan pada malam sebelum pertarungan yang terdiri daripada nasi, makanan laut, safron dan minyak zaitun Valencia yang tersendiri. Kini, festival turun-temurun ini diraikan dengan lebih teratur. Penganjur telah berusaha dengan gigih untuk menghasilkan sejenis tomato yang bukan untuk dimakan semata-mata untuk acara tahunan ini. Festival bermula sekitar pukul 10 pagi apabila para peserta berlumba merebut daging khinzir yang diikat pada tiang yang dilumur dengan minyak. Penonton di kiri kanan jalan akan menyembur air sambil menyanyi dan menari. Apabila loceng gereja bergema menandakan masuknya waktu tengah hari, deretan trak yang sarat dengan tomato akan memasuki kota, sementara laungan "To-ma-te, to-ma-te!" semakin lantang berkumandang. Serentak itu, apabla meriam air dilepaskan, acara utama pun bermula. Itulah penanda tomato boleh mula dilenyek dan dilempar sepuas-puas hati terhadap seteru. Tomato dilontar dari jarak jauh, melalui serangan jarak dekat selain lambungan jarak sederhana. Apa pun teknik anda, apabila semua itu berakhir, penampilan (malah perasaan) anda pastinya berbeza. Hampir sejam kemudian, penyerang yang lencun dek tomato ini akan berjoget salsa di jalanan yang kejinggaan dengan tomato lecek. Tembakan meriam yang kedua menandakan tamatlah pertarungan. | Entry #15820 — Discuss 0 — Variant: Not specifiednone
Winner Voting points | 1st | 2nd | 3rd |
---|
31 | 7 x4 | 1 x2 | 1 x1 |
Rating type | Overall | Quality | Accuracy |
---|
Entry | 3.15 | 3.43 (7 ratings) | 2.86 (7 ratings) |
- 1 user entered 1 "like" tag
- 1 user agreed with "likes" (1 total agree)
- 4 users entered 11 "dislike" tags
- 1 user agreed with "dislikes" (1 total agree)
papier mache | Other kertas mâché | MEiNN No agrees/disagrees | |
telah berusaha dengan gigih untuk | Other bahkan telah menghasilkan | Maizura Mohamad No agrees/disagrees | |
Serentak itu, | Mistranslations Then is not serentak | Maizura Mohamad No agrees/disagrees | |
terhadap seteru | Mistranslations terhadap peserta lain. Seteru is "enemy" | Maizura Mohamad No agrees/disagrees | |
berjoget | Spelling menari | Norhidayah Azizan (X) No agrees/disagrees | |
berjoget salsa | Mistranslations not berjoget salsa | Maizura Mohamad No agrees/disagrees | |
| Siapakah yang melempar buah tomato pertama yang memulakan revolusi La Tomatina? Sebenarnya tiada orang yang tahu. Mungkin ia bermula ketika pemberontakan menentang Franco, atau mungkin karnival yang tidak dapat dikawal. Menurut cerita paling popular, ketika pesta Los Gigantes pada tahun 1945 (perarakan patung kertas mâché raksaksa), penduduk tempatan cuba memulakan pergaduhan olok-olok untuk mendapatkan perhatian. Kebetulan ada kereta sayur-sayuran berdekatan jadi mereka mula membaling buah tomato masak. Orang ramai yang menonton turut melibatkan diri, lalu buah-buahan melayang ke sana ke mari. Pencetus huru-hara terpaksa membayar ganti rugi kepada penjual tomato, tetapi perang tomato ini berulang semula kemudian—dan tradisi baru pun dimulakan. Pihak berkuasa yang bimbang insiden ini menular menjadi lebih serius segera menguatkuasakan larangan, kemudian menarik balik, dan menguatkuasakannya semula beberapa kali sepanjang tahun 1950-an. Pada tahun 1951, penduduk tempatan yang tidak menghiraukan larangan ini disumbat ke dalam penjara, sehingga kemarahan umum memaksa mereka dibebaskan. Penentangan paling terkenal terhadap larangan tomato ini berlaku pada tahun 1957 apabila para penyokong mengadakan pengkebumian tomato olok-olok, lengkap dengan keranda dan perarakan. Selepas tahun 1957, pihak berkuasa tempatan terpaksa mengikut kehendak umum, membuat beberapa peraturan, dan menyokong tradisi ganjil ini. Walaupun pertempuran tomato adalah acara utama, pesta diadakan sepanjang seminggu sebelumnya. Perayaan dibuat meraikan santo-santo pelindung Buñol, iaitu Virgin Mary dan St. Louis Bertrand, dengan perarakan jalanan, muzik, dan bunga api dalam keriangan cara Sepanyol. Untuk mempersiapkan diri, paella yang terkenal dihidangkan pada malam sebelum pertempuran, dengan hidangan nasi, makanan laut, safron, dan minyak zaitun gaya Valencia yang ikonik. Hari ini, pesta tanpa peraturan ini lebih terurus. Penganjurnya sehinggakan menanam sejenis tomato yang tidak sesuai dimakan, khas untuk acara ini. Pesta bermula sekitar pukul 10 pagi apabila para peserta berlumba merebut daging babi yang diikat di hujung tiang yang diminyakkan. Para penonton menyembur air kepada peserta sambil menyanyi dan menari di jalan-jalan. Apabila loceng gereja dibunyikan tepat-tepat waktu tengah hari, beberapa buah lori sarat dengan tomato masuk ke bandar, dan laungan "To-ma-te, to-ma-te!" mula meninggi. Apabila meriam air ditembak, acara utama pun bermula. Inilah isyarat untuk mula memenyek dan melempar tomato dalam serangan bertubi-tubi ke arah peserta-peserta lain. Pelancaran tomato jarak jauh, tujahan dekat, atau balingan jarak sederhana. Apa jua teknik anda, setelah masa tamat, anda akan kelihatan (dan rasa) berbeza sekali. Hampir sejam kemudian, para pengebom yang berlumuran tomato dibiarkan bermain di dalam lautan salsa di tengah jalan, tanpa sebiji pun tomato yang masih tinggal. Tembakan meriam kedua menandakan tamatnya pertempuran. | Entry #20783 — Discuss 0 — Variant: Not specifiednone
Finalist Voting points | 1st | 2nd | 3rd |
---|
23 | 5 x4 | 1 x2 | 1 x1 |
Rating type | Overall | Quality | Accuracy |
---|
Entry | 2.86 | 2.86 (7 ratings) | 2.86 (7 ratings) |
- 4 users entered 9 "dislike" tags
cerita | Mistranslations versi cerita | MEiNN No agrees/disagrees | |
lalu buah-buahan melayang ke sana ke mari | Spelling fluency | Mohd Hamzah No agrees/disagrees | |
menyokong | Other menerima. Menyokong sounds too supportive | Maizura Mohamad No agrees/disagrees | |
Penganjurnya sehinggakan menanam sejenis tomato yang tidak sesuai dimakan | Omission | Ummuafia No agrees/disagrees | |
tepat-tepat | Spelling grammar | Mohd Hamzah No agrees/disagrees | |
atau | Mistranslations Should be "dan" | Mohd Hamzah No agrees/disagrees | |
berlumuran tomato | Spelling fluency | Mohd Hamzah No agrees/disagrees | |
| Siapakah yang melontar tomato keramat yang pertama yang telah memulakan revolusi La Tomatina? Hakikatnya, tiada siapa yang tahu. Mungkin, revolusi ini satu pemberontakan anti-Franco, atau suatu pesta yang tidak terkawal. Menurut kisah yang paling popular, ketika pesta 1945 di Los Gigantes (perarakan patung gergasi daripada kertas mache), orang tempatan mencari peluang untuk mengadakan pergaduhan untuk menarik perhatian. Peristiwa ini berlaku dekat dengan kereta sorong sayuran dan tomato masak pun dilontar. Pemerhati yang tidak berkaitan pun terlibat hingga keadaan itu menjadi suatu kemelut buah tomato yang berterbangan. Pemula insiden itu terpaksa membayar vendor tomato tetapi itu tidak menamatkan kejadian pergaduhan tomato berulang - malah ahirlah satu tradisi baru. Bimbang dengan peningkatan keadaan tidak terkawal, pihak berkuasa menggubal, mengendurkan, dan kemudian mengenakan semula beberapa larangan dalam tahun 1950-an. Pada tahun 1951, orang tempatan yang melanggar undang-undang itu dipenjarakan hingga bantahan awam menuntut mereka dibebaskan. Satu kebiadaban yang masyhur terhadap larangan tomato berlaku dalam tahun 1957 apabila penyokong mengadakan pengebumian tomato lengkap dengan keranda dan perarakannya. Selepas 1957, kerajaan tempatan membuat penyesuaian terhadap keadaan yang sukar itu dengan mengadakan beberapa peraturan dan menerima tradisi yang gila itu. Walaupun tomato mengambil tempat utama, pesta seminggu diadakan hingga acara utama itu. Ia merupakan perayaan penaung santa Bunol, iaitu Virgin Mary dan St. Louis Betrand, dengan perarakan, muzik, dan bunga api dengan keriangan ala Sepanyol. Untuk menyediakan kekuatan diri untuk pergaduhan yang menjelang, satu paella epik dihidangkan pada petang pertempuran, yakni satu pameran hidangan ikonik Valencia yang terdiri daripada nasi, makanan laut, safron, dan minyak zaitun. Kini, pesta yang tak terkekang itu mempunyai serba sedikit aturan. Pengelola telah melangkah jauh dengan menanam tomato yang tidak boleh dimakan khusus untuk upacara tahunan itu. Pesta bermula pada jam 10 pagi apabila peserta berlumba untuk mencekup ham yang diletakkan di atas tiang licin. Penonton memancut pemanjat itu dengan air sambil menyanyi dan menari di jalan-jalan. Apabila loceng gereja berbunyi waktu tengah hari, trak yang penuh dengan tomato bergerak ke dalam bandar, dengan laungan "To-ma-te, to-ma-te" sampai pada kemuncaknya. Kemudian, dengan tembakan meriam air, acara utama pun bermula. Itulah lampu hijau untuk menghancurkan dan melontarkan tomato dengan menyerang peserta lain. Penghumban tomato yang jauh, penembak dekat, dan lontaran jauh sederhana. Tidak kira apa teknik yang digunakan, apabila upacara tamat, anda akan kelihatan (dan berasa) agak lain. Hampir sejam kemudian, pengebom tomato yang berlumus dengan tomato bermain-main di jalan yang lembik dengan pecahan tomato. Tembekan meriam yang kedua menandakan peperangan sudah tamat. | Entry #19120 — Discuss 0 — Variant: Not specifiednone
Finalist Voting points | 1st | 2nd | 3rd |
---|
12 | 1 x4 | 3 x2 | 2 x1 |
Rating type | Overall | Quality | Accuracy |
---|
Entry | 2.86 | 3.00 (7 ratings) | 2.71 (7 ratings) |
- 4 users entered 15 "dislike" tags
- 4 users agreed with "dislikes" (6 total agrees)
mache | Spelling mâché | MEiNN No agrees/disagrees | |
berkaitan | Spelling tidak tahu hujung pangkal | Maizura Mohamad No agrees/disagrees | |
+3 2 vendor | Spelling pembekal | Norhidayah Azizan (X) | |
+3 1 ahirlah | Spelling lahirlah | MEiNN | |
baru | Spelling baharu | Norhidayah Azizan (X) No agrees/disagrees | |
peningkatan | Omission | Norhidayah Azizan (X) No agrees/disagrees | |
kebiadaban | Mistranslations tindakan berani | Maizura Mohamad No agrees/disagrees | |
mengambil tempat utama | Other menjadi fokus utama | Maizura Mohamad No agrees/disagrees | |
ikonik | Spelling terkenal | Norhidayah Azizan (X) No agrees/disagrees | |
ham | Spelling daging babi/khinzir | Siti Munirah No agrees/disagrees | |
jalan yang lembik | Other jalan yang lecak, not lembik | Maizura Mohamad No agrees/disagrees | |
Tembekan | Spelling tembakan | Norhidayah Azizan (X) No agrees/disagrees | |
| Siapakah yang melontarkan tomato malang pertama yang telah membawa kepada revolusi La Tomatina? Tiada sesiapa yang mengetahui realiti ini. Mungkin beliau seorang pemberontak anti-Franco, atau suatu karnival yang tidak dapat dikawal. Mengikut versi paling popular bagi kisah ini, semasa perayaan Los Gigantes pada 1945 (suatu perarakan boneka mâché kertas gergasi), orang-orang tempatan ingin memulakan pergaduhan bagi menarik perhatian. Pergaduhan tersebut bermula di atas sebuah troli sayur-sayuran yang berhampiran dan tindakan melemparkan tomato-tomato yang telah masak pun bermula. Orang ramai yang pada mulanya hanya memerhati turut terlibat dalam pergaduhan tersebut sehingga tempat kejadian berubah menjadi huru-hara dengan buah-buahan yang berterbangan. Orang-orang tempatan yang memulakan pergaduhan tersebut dikehendaki membayar ganti rugi kepada peniaga-peniaga tomato tetapi hal ini gagal memastikan pergaduhan tomato terus berulang - maka lahirlah suatu tradisi baru. Kejadian ini dikhuatiri bakal meningkat sehingga tidak dapat dikawal, maka pihak berkuasa telah menggubal, mengubah dan kemudiannya menguatkuasakan satu siri larangan pada 1950-an. Pada 1951, orang-orang tempatan yang melanggar undang-undang dipenjarakan sehinggalah orang awam yang membantah menggesa pembebasan mereka. Kelancangan yang paling terkenal terhadap larangan tomato terjadi pada 1957 apabila para penyokong mengadakan suatu pengebumian tomato olok-olok yang dilengkapi dengan keranda dan perarakan. Setelah 1957, kerajaan tempatan mengambil keputusan untuk menyesuaikan diri kepada perubahan yang telah berlaku, memperkenalkan beberapa peraturan baru, dan menerima tradisi yang aneh itu. Walaupun tomato-tomato menjadi tumpuan ramai, perayaan yang berlangsung selama seminggu ini bakal membawa kepada suatu pertarungan akhir. Ia adalah suatu perayaan orang-orang kudus penaung Buñol, Perawan Maria dan St. Louis Bertrand, digandingkan bersama perarakan jalanan, muzik, dan bunga api yang meriah ala fesyen Sepanyol. Bagi membina kekuatan anda untuk pergaduhan yang bakal berlaku, satu paella yang mengagumkan telah dihidangkan pada malam sebelum pertempuran, mempamerkan hidangan Valencian ikonik iaitu nasi, makanan laut, kunyit, dan minyak zaitun. Hari ini, perayaan yang tidak terhalang ini mempunyai beberapa susunan. Penganjur telah membuat persediaan yang rapi dalam menyediakan kepelbagaian unik tomato yang tidak enak dimakan khas untuk acara tahunan ini. Perayaan ini bermula pada kira-kira pukul 10 pagi apabila peserta bersaing untuk merebut daging babi yang diletakkan di atas suatu tiang yang berminyak. Orang ramai yang memerhati menyembur air kepada peserta-peserta sambil menyanyi dan menari di jalanan. Apabila loceng gereja berbunyi pada tengah hari, trak yang muat dengan tomato akan memasuki bandar, manakala sorakan "To-ma-te, to-ma-te!" semakin kuat. Kemudian, dengan suatu tembakan meriam air, acara utama pun bermula. Tembakan tersebut adalah lampu hijau bagi penghancuran dan pelancaran tomato-tomato dalam serangan habis-habisan terhadap para peserta. Pemain lob tomato jarak jauh, pembunuh jarak dekat, dan tembakan cangkuk jarak sederhana. Walau apa sahaja teknik anda, apabila masa sudah tamat, anda akan nampak (dan rasa) agak berbeza. Hampir sejam kemudian, pengebom yang dilitupi tomato dibiarkan bermain di lautan salsa jalanan yang lembek dengan hanya amat sedikit sahaja yang menyerupai tomato akan dijumpai. Tembakan meriam kedua menandakan berakhirnya pertempuran tersebut. | Entry #19307 — Discuss 0 — Variant: Not specifiednone
Finalist Voting points | 1st | 2nd | 3rd |
---|
7 | 0 | 2 x2 | 3 x1 |
Rating type | Overall | Quality | Accuracy |
---|
Entry | 3.07 | 3.14 (7 ratings) | 3.00 (7 ratings) |
- 5 users entered 10 "dislike" tags
- 3 users agreed with "dislikes" (3 total agrees)
- 1 user disagreed with "dislikes" (1 total disagree)
mengetahui realiti ini | Mistranslations Should be "Pada hakikatnya, tiada siapa yang mengetahuinya." | Dixie Eva Kilus No agrees/disagrees | |
+2 1 membantah menggesa | Grammar errors put "dan" in between because of two verb. | Mohd Hamzah | |
yang meriah ala fesyen Sepanyol. | Mistranslations ala Sepanyol yang meriah | Maizura Mohamad No agrees/disagrees | |
nasi, | Spelling under translation | Mohd Hamzah No agrees/disagrees | |
kepelbagaian unik | Grammar errors | Mohd Hamzah No agrees/disagrees | |
hanya amat sedikit sahaja yang menyerupai tomato akan dijumpai | Syntax | lubyism No agrees/disagrees | |
| Non-finalist entries The following entries were not selected by peers to advance to finals-round voting. Siapa yang telah melemparkan buah tomato pertama yang menyebabkan tercetusnya revolusi La Tomatina? Secara realiti, tiada siapa yang tahu. Mungkin ia adalah pemberontakan anti-Franco, atau satu acara karnival yang tidak terkendali. Menurut versi cerita yang paling masyhur, sewaktu pesta Los Gigantes (perarakan patung kertas "mache" gergasi), penduduk tempatan sedang mencari peluang berpura-pura bergaduh untuk menarik sedikit perhatian. Mereka menjumpai sebuah kereta tolak sayur-sayuran berhampiran dan mula membaling tomato-tomato ranum. Para pemula tindakan itu telah membayar ganti rugi kepada penjual-penjual tomato terbabit, namun ia tidak menghentikan pengulangan pergaduhan tomato yang lebih banyak lagi - dan terlahirnya tradisi baru. Khuatir dengan perkembangan yang tidak terkawal, pihak berkuasa telah menggubal, menguatkuasakan, dan kemudian memperketatkan semula beberapa siri pengharaman dalam tahun 1950an. Pada tahun 1951, penduduk tempatan yang melanggar undang-undang ini telah dipenjarakan sehingga orang awam membantah memohon mereka dibebaskan. Bantahan termasyhur ke atas pengharaman tomato ini berlaku pada 1957 apabila para penyokong telah melaksanakan satu acara pengebumian tomato secara olok-olok siap dengan keranda dan perarakannya. Selepas 1957, pemerintah tempatan memutuskan untuk mengikut pilihan orang ramai, meletakkan beberapa peraturan, dan mengiktiraf tradisi aneh ini. Sungguhpun tomato adalah yang paling utama, pesta bermula seminggu sebelum acara kemuncak terakhir. Ia merupakan acara meraikan penaung orang-orang alim Bunol, Mariam dan St. Louis Bertrand, dengan perarakan jalanan, muzik dan pertunjukan bunga api yang disediakan menurut kemeriahan cara Sepanyol. Untuk memastikan kekuatan anda pada acara pergaduhan tomato yang bakal berlangsung, hidangan 'paella' disediakan pada malam sebelum acara, satu hidangan kaum Valencian terdiri daripada nasi, makanan laut, kunyit dan minyak zaitun. Pada hari ini, pesta yang masih berterusan ini telah mempunyai aturan tertentu. Para penganjur sehinggakan telah menyediakan sejenis tomato khas yang sedap semata-mata untuk acara ini. Pesta bermula sekitar jam 10 pagi apabila para peserta berlumba-lumba untuk merebut sekeping daging khinzir yang digantung di puncak galah yang licin. Para penonton pula akan menyemburkan air ke arah peserta-peserta ini, sambil menyanyi dan menari di jalanan. Apabila loceng gereja berbunyi menandakan masuknya tengah hari, trak-trak yang dipenuhi tomato akan masuk ke dalam bandar, sambil laungan "To-ma-te, to-ma-te!" semakin kuat bergema. Kemudian, dengan tembakan meriam air, acara utama pun bermula. Ia adalah lampu hijau untuk mula menghancurkan dan melempar tomato dalam serangan habis-habisan antara peserta. Pelempar tomato jarak jauh, jarak dekat, dan sederhana. Apa sahaja teknik lemparan anda, apabila acara telah berakhir, anda akan kelihatan (dan berasa) agak berlainan. Selepas hampir sejam, para 'pengebom' bersalut tomato akan dibiarkan bermain di laut jalanan yang dipenuhi tomato-tomato hancur, tanpa ada sedikit pun bentuk tomato asal ditemui. Tembakan meriam kedua menandakn berakhirnya 'peperangan'. | Entry #19100 — Discuss 0 — Variant: Not specifiednone
Rating type | Overall | Quality | Accuracy |
---|
Entry | 2.83 | 2.83 (6 ratings) | 2.83 (6 ratings) |
- 3 users entered 5 "dislike" tags
- 2 users agreed with "dislikes" (2 total agrees)
mache | Spelling mâché | MEiNN No agrees/disagrees | |
'pengebom' | Mistranslations No 'xx' | Mohd Hamzah No agrees/disagrees | |
| Siapakah yang mencampakkan tomato bersejarah yang pertama serta memulakan revolusi La Tomatina? Pada hakikatnya tidak ada siapa yang tahu. Mungkin pemberontakan anti-Franco, atau karnival yang tidak terkawal. Menurut versi cerita yang paling popular, semasa perayaan Los Gigantes (perarakan patung kertas gergasi mâché) pada tahun 1945, penduduk tempatan mengadakan pergaduhan bagi menarik perhatian. Kejadian tersebut berlaku berdekatan dengan kereta sorong yang menjual sayuran dan mereka mula melemparkan tomato yang ranum. Orang ramai yang tidak mengetahui apa-apa turut terlibat sehingga kejadian bertambah buruk serta huru-hara dengan buah-buahan yang berterbangan. Mereka yang memulakannya terpaksa menanggung kerugian peniaga tomato, tetapi ia tidak dapat menghentikan lebih banyak kejadian pergaduhan melibatkan tomato—dan ini adalah permulaan satu tradisi baharu. Dalam 1950-an, pihak berkuasa bimbang keadaan menjadi bertambah buruk serta sukar dikawal, maka mereka menggubal, melonggar, dan kemudian mengenakan semula siri larangan. Pada tahun 1951, penduduk tempatan yang menentang undang-undang dipenjarakan sehingga bantahan awam menggesa supaya mereka dibebaskan. Penentangan yang paling terkenal terhadap larangan tomato berlaku pada tahun 1957 apabila penyokong penentangan mengadakan upacara pengebumian tomato secara olok-olok lengkap dengan perarakan pengusungan keranda. Selepas tahun 1957, kerajaan tempatan memutuskan untuk bertolak ansur dalam menangani kesukaran tersebut dengan menetapkan beberapa peraturan, dan mengamati tradisi aneh itu. Walaupun tomato yang menjadi daya tarikan, seminggu selepas berpesta ria membawa kepada pertunjukan terakhir. Ia merupakan sambutan santo penaung Buñol, Virgin Mary dan St. Louis Bertrand, dengan perarakan jalanan, muzik, dan permainan bunga api yang meriah ala gaya Sepanyol. Bagi membina kekuatan anda untuk menghadapi pergaduhan yang bakal berlaku, epic paella (Sejenis nasi yang terkenal di Sepanyol) dihidangkan sehari sebelum pertarungan, ia mempamerkan sajian ikonik Valensia yang terdiri daripada nasi, makanan laut, safron, dan minyak zaitun. Pada hari ini, sambutan yang tidak terlepas dari belenggu ini mempunyai beberapa peraturan. Setakat ini, penganjur telah menggalakkan penanaman tomato khas yang berkualiti rendah hanya untuk acara tahunan itu. Pesta ria bermula sekitar 10 pagi, apabila para peserta berlumba untuk merebut daging salai yang diletakkan di atas tiang berminyak. Orang ramai menyembur air pada mereka sambil menyanyi dan menari di jalanan. Apabila loceng gereja berbunyi pada waktu tengah hari, trak yang padat dengan tomato berjalan masuk, sambil kedengaran teriakan “To-ma-te, to-ma-te!” memuncak. Selepas itu, bersama pancutan daripada penyembur air, acara utama pun bermula. Itu isyarat untuk menenyeh dan melancarkan serangan tomato secara habis-habisan ke atas rakan peserta. Teknik pembaling tomato jarak jauh, pembunuh upahan jarak dekat, dan tembakan cangkuk jarak sederhana. Apa sahaja teknik yang anda gunakan, bila selesai, anda akan melihat (dan merasa) agak berbeza. Setelah hampir sejam kemudian, hanya pengebom tomato-rendam bermain di jalanan yang basah dan lembap dipenuhi salsa yang sedikit tertinggal menyerupai tomato boleh dijumpai. Pancutan kedua daripada penyembur air adalah isyarat tamat pertarungan itu. | Entry #17170 — Discuss 0 — Variant: Not specifiednone
Rating type | Overall | Quality | Accuracy |
---|
Entry | 2.82 | 2.88 (8 ratings) | 2.75 (8 ratings) |
- 1 user entered 1 "like" tag
- 3 users entered 6 "dislike" tags
- 2 users agreed with "dislikes" (3 total agrees)
| Other Preference for "mengadakan pergaduhan" sounds awkward | Dixie Eva Kilus | |
Valensia | Spelling Should be Valencian or Valencia | Mohd Hamzah No agrees/disagrees | |
tidak terlepas dari belenggu | Mistranslations inaccurate | Maizura Mohamad No agrees/disagrees | |
Itu | Mistranslations kolokasi | Mohd Hamzah No agrees/disagrees | |
| Siapakah yang melontar tomato pertama yang menjadi pencetus kepada revolusi perang Tomato? Hakikat sebenar tiada siapa yang tahu. Mungkinkah ia merupakan satu demonstrasi pemberontakan anti-Franco, diktator era Perang Dingin di Sepanyol ataupun bentuk baharu karnival yang menggila. Merujuk kepada versi cerita paling popular, semasa perayaan Los Gigantes pada tahun 1945 (perarakan patung kertas gergasi mache), penduduk tempatan berhasrat membuat kekecohan bagi mendapatkan perhatian. Ia berlaku dengan melontarkan tomato masak diambil dari troli sayuran berdekatan. Penonton berdekatan juga terlibat sehinggalah kekecohan itu memuncak dengan buah tomato berterbangan mencari sasaran. Pihak yang memulakan kekecohan terpaksa membayar ganti rugi kepada peniaga tomato walau bagaimanapun ia tidak menghalang pesta ini dari berulang—permulaan kelahiran tradisi baharu. Disebabkan kekhuatiran pihak berkuasa, pengharaman terhadap pesta perang tomato ini digubal, dikendurkan dan kemudian dikuatkuasakan semula pada tahun 1950-an. Pada tahun 1951, warga tempatan yang mengingkari undang-undang telah dipenjarakan tetapi dibebaskan semula ekoran bantahan dari orang awam. Walaupun perang tomato menjadi acara penting, perayaan selama seminggu itu diakhiri dengan acara kemuncak iaitu sambutan wali penaung Bunol iaitu Virgin Mary dan St. Louis Bertrand, disertai dengan perarakan di jalanan, muzik, dan pertunjukan bunga api yang meriah ala Sepanyol. Untuk membina kekuatan bagi menghadapi pesta tersebut, epik paella disajikan yang menampilkan hidangan nasi ala Valencia, makanan laut, safron dan minyak zaitun. Hari ini, perayaan yang kian sinonim ini telah mempunyai peraturannya sendiri. Penganjur telah menyediakan pelbagai kepelbagaian khas bagi memupuk acara perang tomato ini. Pesta bermula sekitar jam 10 pagi apabila para peserta bertarung merebut ham yang diletakkan di atas tiang berminyak. Para penonton berdekatan menyembur peserta tersebut dengan air sambil menyanyi dan menari di sepanjang jalan. Apabila loceng gereja berbunyi menandakan masuk waktu tengah hari, trak sarat dengan muatan tomato memasuki bandar sambil bingit dengan teriakan “To-ma-te, to-ma-te!” menandakan acara menuju ke kemuncak. Kemudian meriam air pun ditembak menandakan acara dimulakan. Lampu hijau untuk pesta perang tomato bermula dengan serangan bertali arus dihalakan sesama peserta. Pelbagai senjata digunakan termasuklah pelancar tomato jarak jauh, penembak jarak dekat dan tembakan cangkuk jarak sederhana. Apa sahaja teknik digunakan, semakin lama, keunikan dan keseronokan yang dirasai berbeza. Sejam selepas situ, pengembom tomato terendam di dalam lautan salsa jalanan yang berdecit disediakan untuk pesta itu. Uniknya walaupun ia berasaskan tomato tapi jika dilihat ia sangat berbeza. Tembakan kedua meriam air menandakan pesta perang tomato tersebut berakhir. | Entry #18335 — Discuss 0 — Variant: Not specifiednone
Rating type | Overall | Quality | Accuracy |
---|
Entry | 2.81 | 2.86 (7 ratings) | 2.75 (8 ratings) |
- 1 user entered 1 "like" tag
- 1 user agreed with "likes" (1 total agree)
+1 perayaan selama seminggu itu diakhiri dengan acara kemuncak iaitu | Flows well | Maizura Mohamad | |
- 4 users entered 9 "dislike" tags
- 2 users agreed with "dislikes" (3 total agrees)
diktator era Perang Dingin di Sepanyol | Spelling not in the source text | Siti Munirah No agrees/disagrees | |
+1 1 mache | Spelling mâché | MEiNN | |
Penganjur telah menyediakan pelbagai kepelbagaian khas bagi memupuk acara perang tomato | Mistranslations cultivate here means menanam/ grow - a special variant of tomato. Memupuk=cultivate is like "cultivate an interest" | Maizura Mohamad No agrees/disagrees | |
ham | Mistranslations daging babi | Ummuafia No agrees/disagrees | |
menandakan acara menuju ke kemuncak | Mistranslations | Maizura Mohamad No agrees/disagrees | |
semakin lama, keunikan dan keseronokan yang dirasai berbeza | Punctuation apabila pesta tamat, anda akan kelihatan (dan berasa) berbeza | Maizura Mohamad No agrees/disagrees | |
| Siapakah orang pertama yang membaling buah tomato itu yang telah membawa kepada tercetusnya revolusi La Tomatina? Pada hakikatnya, tiada siapa pun yang tahu. Mungkin ia adalah sebuah pemberontakan anti-Franco, atau mungkin sebuah temasya yang telah melarat hingga tak terbendung. Menurut versi termasyhur kisah tersebut, semasa pesta Los Gigantes tahun 1945, penduduk setempat telah merancang untuk mengadakan satu perkelahian bertujuan untuk menarik perhatian. Mereka kebetulan ternampak sebuah pedati sayur-sayuran, lalu mula melempar buah-buah tomato yang ranum. Orang-orang yang melihat tanpa mengetahui apa-apa turut sama terbabit hinggalah kejadian itu merebak menjadi medan pertempuran yang dahsyat dengan buah-buahan berterbangan. Mereka yang memulakan kejadian itu terpaksa membayar balik kepada peniaga-peniaga buah tomato, tapi itu tidak menghalang berulangannya banyak lagi pertempuran buah tomato – dan kelahiran sebuah tradisi baru. Lantaran bimbang akan penularan yang sukar dikawal, pihak berkuasa telah melaksanakan, mengendurkan dan kemudiannya mengenakan semula satu siri pengharaman pada tahun 1950an. Dalam tahun 1951, penduduk-penduduk setempat yang mengingkari undang-undang tersebut telah dipenjarakan hingga bantahan umum mendesak pembebasan mereka. Kelancangan yang paling masyhur terhadap pengharaman tomato terjadi pada tahun 1957 bila mana puak penyokong mengadakan satu upacara pengebumian olok-olok tomato yang lengkap dengan sebuah keranda dan perarakan. Selepas tahun 1957, pihak kerajaan tempatan telah mengambil keputusan untuk menangani perkara itu secara lebih fleksibel, meletakkan beberapa peraturan, dan menerima secara terbuka tradisi yang gila-gila itu. Walaupun buah-buah tomato mengambil pentas utama, pertempuran akhir itu didahului dengan pesta-pesta selama seminggu. Ia merupakan perayaan bagi santa-santa penaung Bunol, Virgin Mary dan St. Louis Bertrand, dengan perarakan jalanan, muzik, dan bunga api dalam suasana kemeriahan ala Sepanyol. Bagi membina kekuatan dalam menghadapi pertempuran yang bakal meletus, paella yang tersohor akan dihidangkan pada malam sebelum hari pertarungan tersebut; yang mempamerkan satu hidangan ikonik Valensia, terdiri daripada nasi, makanan laut, safron dan minyak zaitun. Sekarang ini, pesta yang bebas ini menjadi lebih tersusun. Pihak penganjur telah melangkah jauh hingga ke tahap menanam sejenis pokok tomato istimewa yang tidak sedap dimakan, khusus untuk acara tahunan tersebut. Pesta-pesta bermula sekitar pukul 10 pagi dengan para peserta berlumba untuk merebut sekeping ham yang diletakkan di puncak sebatang kayu. Orang-orang yang melihat akan memancutkan air pada pemanjat-pemanjat sambil menyanyi dan menari di jalan-jalan. Apabila loceng gereja berbunyi waktu tengahari, trak-trak yang sarat dengan buah-buah tomato akan bergerak masuk ke bandar, sambil dikiran “To-ma-te, to-ma-te!” sampai ke kemuncak. Kemudian, dengan sedas tembakan meriam air, bermulalah acara utama itu. Itulah lampu hijau untuk memenyek-menyek dan membaling buah-buah tomato dalam serangan bersungguh-sungguh terhadap peserta-peserta lain. Balingan tinggi tomato jarak jauh, lontaran maut dari jarak dekat, dan lemparan lengkung julat sederhana. Tak kisahlah apa teknik anda, bila ianya berakhir, anda akan kelihatan (dan berasa) agak berbeza. Hampir sejam kemudian, pengebom-pengebom yang lencun dengan buah tomato dibiarkan untuk berseronok di dalam lautan salsa jalanan yang hancur lunyai dengan hampir tiada kelihatan sesuatu pun yang menyerupai sebiji buah tomato. Sedas tembakan meriam kedua menandakan berakhirnya perang tersebut. | Entry #16118 — Discuss 0 — Variant: Not specifiednone
Rating type | Overall | Quality | Accuracy |
---|
Entry | 2.57 | 2.57 (7 ratings) | 2.57 (7 ratings) |
- 1 user entered 1 "like" tag
- 1 user agreed with "likes" (1 total agree)
- 3 users entered 11 "dislike" tags
- 3 users agreed with "dislikes" (5 total agrees)
telah membawa kepada tercetusnya | Other "yang telah mencetuskan" | Maizura Mohamad No agrees/disagrees | |
| Other Los Gigantes (perarakan patung gergasi daripada kertas mâché) | MEiNN | |
| Spelling baharu | Norhidayah Azizan (X) | |
yang tersohor akan | Spelling akan? tersohor? | Norhidayah Azizan (X) No agrees/disagrees | |
ikonik | Spelling terkenal | Norhidayah Azizan (X) No agrees/disagrees | |
. | Omission translation omitted for greased pole | Norhidayah Azizan (X) No agrees/disagrees | |
+1 1 tengahari | Spelling tengah hari | Norhidayah Azizan (X) | |
+1 1 dikiran | Spelling ???? | Norhidayah Azizan (X) | |
| Spelling ???? Melenyekkan | Norhidayah Azizan (X) | |
serangan bersungguh-sungguh terhadap peserta-peserta | Spelling terlalu banyak kata ganda dalam satu ayat | Norhidayah Azizan (X) No agrees/disagrees | |
lunyai | Omission | Norhidayah Azizan (X) No agrees/disagrees | |
| Siapakah pembaling tomato bertuah yang memulakan revolusi La Tomatina? Realitinya, tiada siapa yang tahu. Mungkin ia adalah hasil kebangkitan Anti-Franco, atau sebuah pesta yang hilang kawalan. Menurut versi paling popular, semasa pesta Los Gigantes tahun 1945 (iaitu satu perarakan patung raksasa kertas mache), penduduk tempatan mula bertengkar untuk menarik perhatian orang ramai. Mereka terserempak dengan sebuah kereta tolak menjual sayur yang berdekatan dan mula merembat tomato yang sudah masak ranum. Orang-orang yang lalu-lalang pula tak semena-mena masuk terlibat sehingga mengakibatkan satu kekeliruan besar dek buah-buahan yang melayang di udara. Para penghasut terpaksa membayar penjual tomato tetapi ini tidak menghentikan peperangan-peperangan tomato yang seterusnya – sehinggakan melahirkan satu tradisi baru. Khuatir akan kegamatan yang sukar dikawal, pihak berkuasa mengambil tindakan, menenangkan keadaan, dan kemudian mengembalikan larangan demi larangan pada tahun 1950an. Pada tahun 1951, penduduk tempatan yang menentang undang-undang dimasukkan ke dalam penjara sehingga timbul bantahan rakyat yang menuntut pembebasan mereka. Kedegilan besar terhadap larangan tomato ini sampai pada kemuncaknya pada tahun 1957 apabila para penyokong menganjurkan satu upacara persemadian palsu yang lengkap dengan keranda dan perarakan. Selepas tahun 1957, kerajaan tempatan memutuskan untuk membiarkan keadaan berlalu, tetapkan beberapa peraturan dan terima tradisi yang kegilaan itu. Walaupun buah tomato yang menjadi perhatian ramai, pesta yang berjalan selama seminggu yang menemukan ke pertunjukan terakhir. Inilah sambutan santo penaung Bunol, Virgin Mary dan St. Louis Bertrand, diiringi dengan perarakan, nyanyian dan bunga api bak gaya Sepanyol. Untuk menambah tenaga menghadapi pertengkaran yang bakal berlaku, satu paella epik dihidangkan sehari sebelum pergaduhan, dengan mempersembahkan mercu tanda masakan Valencia merangkumi nasi, makanan laut, safron dan minyak zaiton. Hari ini, terdapat semacam satu kerapian dalam pesta yang tidak terkekang ini. Pihak penganjur telah berjaya menghasilkan sejenis tomato yang tidak enak rasanya khas untuk pesta tahunan ini. Sambutan bermula pada pukul 10 pagi apabila para peserta berebut untuk mengambil daging ham yang terpacak di atas tiang berminyak. Para penonton pula menyimbah mereka dengan air sambil bernyanyi dan berdansa di jalanan. Apabila locang gereja berbunyi menandakan waktu tengahari, lori-lori berisi tomato mula muncul dengan mentera “To-ma-te, to-ma-te!” menjadi bertambah lantang. Lalu, dengan satu das tembakan meriam yang berisi air, acara utama bermula. Itulah lampu hijau tanda bermulanya hempapan dan pelancaran tomato dalam satu serangan habis-habisan menentang para peserta. Pelancar jarak jauh, penembak jarak dekat dan penjaring jarak sederhana. Apa jua tekniknya, anda akan kelihatan (dan berasa) agak berlainan apabila segala-galanya berakhir. Hampir sejam kemudian, pembedil yang berendamkan tomato berhadapan dengan lautan tomato lembik sepanjang jalan, tanpa satu benda pun yang menyerupai sebiji tomato. Meriam kedua menandakan berakhirnya tempuran ini. | Entry #20756 — Discuss 0 — Variant: Not specifiednone
Rating type | Overall | Quality | Accuracy |
---|
Entry | 2.50 | 2.40 (5 ratings) | 2.60 (5 ratings) |
- 4 users entered 9 "dislike" tags
- 2 users agreed with "dislikes" (2 total agrees)
- 1 user disagreed with "dislikes" (1 total disagree)
mache | Spelling mâché | MEiNN No agrees/disagrees | |
-1 +1 1 benda | Spelling tomato, jangan ganti with benda | Norhidayah Azizan (X) | |
| Siapakah yang membawa tomato pertama yang ditakdirkan untuk memulakan revolusi La Tomatina? Realitinya, tiada siapa yang tahu. Mungkin ia merupakan penentangan anti-Franco, atau karnival yang tidak terkawal. Menurut versi kisah yang paling popular, semasa festival tahun 1945 di Los Gigantes (perarakan boneka mâché kertas gergasi), penduduk tempatan merancang untuk mengadakan pergaduhan bagi menarik sedikit perhatian. Ia terjadi ke atas pedati sayur-sayuran berdekatan dan mula melemparkan buah tomato yang masak. Para penonton yang tidak tahu apa-apa terlibat sehingga suasana bertambah buruk menjadi keadaan lemparan buah yang kelam-kabut secara besar-besaran. Orang yang memulakan situasi ini terpaksa membayar balik kepada penjual tomato, tetapi ia tidak menghentikan berulangnya lebih banyak pertempuran tomato-dan kelahiran tradisi baru. Khuatir situasi bertambah buruk yang tidak mudah dikawal, pihak berkuasa menggubal, mengendur, dan kemudian mengenakan semula siri larangan pada tahun 1950-an. Pada 1951, orang ramai yang menentang undang-undang tersebut dipenjarakan sehingga bangkangan kuat menuntut pembebasan mereka. Keberanian paling masyhur terhadap larangan tomato berlaku pada 1957 apabila para penyokong mengadakan pengebumian tomato secara olok-olok lengkap dengan keranda dan perarakan. Selepas 1957, kerajaan tempatan memutuskan untuk akur dengan keadaan itu, meletakkan beberapa peraturan baru pada tempatnya, dan mengambil tradisi gila tersebut. Walaupun tomato menjadi tumpuan, minggu festival membawa kepada peperangan akhir yang besar. Ia adalah keraian penaung santo Buñol, Virgin Mary dan St. Louis Bertrand, dengan perarakan jalanan, muzik, dan pertunjukan bunga api di fesyen Spanish yang menggembirakan. Bagi membina kekuatan anda untuk pergaduhan yang berlaku, paella yang epik dihidangkan pada hari sebelum pertempuran, dengan wadah hidangan nasi Valencian, makanan laut, safron, dan minyak zaitun. Hari ini, festival ini tidak terlepas daripada beberapa tatacara. Para penganjur telah pergi sejauh sehingga mengusahakan variasi istimewa tomato yang tidak enak hanya untuk acara tahunan ini. Festival ini bermula sekitar jam 10 pagi apabila para peserta berlumba untuk mendapatkan ham yang diletakkan di atas tiang yang licin. Para penonton menyiram para pemanjat dengan air sambil menyanyi dan menari di jalanan. Apabila loceng gereja berbunyi pada waktu tengahari, trak-trak yang penuh dengan tomato akan datang ke bandar, sambil teriakan "To-ma-te, to-ma-te!" mencapai kemuncak. Kemudian, dengan tembakan meriam air, acara penting itu bermula. Ia merupakan lampu hijau untuk menghancurkan dan melancarkan tomato dalam serangan sepenuhnya terhadap para peserta. Pukulan tomato jarak jauh, point-blank assassins, dan tembakan hook jarak serdahana. Walau apa jua teknik anda, pada masa ia berakhir, anda akan kelihatan (dan rasa) agak berlainan. Hampir satu jam kemudian, bomber yang diselaputi tomato ditinggalkan untuk bermain dalam lautan salsa jalanan yang lembik bersama sedikit lebihan yang tinggal menyerupai tomato. Tembakan meriam kedua menandakan berakhirnya pertempuran itu. | Entry #15685 — Discuss 0 — Variant: Not specifiednone
Rating type | Overall | Quality | Accuracy |
---|
Entry | 2.40 | 2.50 (6 ratings) | 2.29 (7 ratings) |
- 4 users entered 12 "dislike" tags
- 3 users agreed with "dislikes" (3 total agrees)
Ia terjadi ke atas pedati sayur-sayuran berdekatan dan mula melemparkan | Mistranslations Ia terjadi is wrong | Maizura Mohamad No agrees/disagrees | |
+1 Khuatir situasi bertambah buruk yang tidak mudah dikawal | Syntax Rearrange the sentence | Mohd Hamzah | |
+1 1 baru | Spelling baharu | Norhidayah Azizan (X) | |
fesyen Spanish | Spelling not translated | Mohd Hamzah No agrees/disagrees | |
ham | Mistranslations daging babi | Siti Munirah No agrees/disagrees | |
serdahana. | Spelling spelling | Mohd Hamzah No agrees/disagrees | |
(dan rasa) | Spelling formatting | Mohd Hamzah No agrees/disagrees | |
bomber | Other Not being translated | Mohd Hamzah No agrees/disagrees | |
| Siapakah orang yang mula-mula sekali membaling tomato yang juga memulakan revolusi La Tomatina? Realitinya, tiada siapa yang tahu. Mungkin ianya bermula dari puak pemberontak anti-Franco, atau satu pesta yang akhirnya tidak terkawal. Mengikut versi yang popular diceritakan, pada festival 1945 di Los Gigantes (perarakan boneka kertas Mache gergasi), penduduk tempatan cuba memulakan pergaduhan untuk mendapatkan perhatian. Ia berlaku apabila kereta pedati sayur-sayuran menghampiri dan mereka mula melemparkan tomato-tomato masak. Penonton yang tidak bersalah turut terlibat sehingga keadaan bertukar huru-hara dengan buah-buahan berterbangan. Pencetus pergaduhan terpaksa membayar balik kepada penjual-penjual tomato, tetapi itu tidak menghalang dari berulangnya lebih banyak pergaduhan tomato ini – dan kelahiran satu tradisi baru. Takut akan peningkatan tidak terkawal, pihak berkuasa menggubal, bertenang, dan mengenakan kembali pengharaman pada tahun 1950. Pada tahun 1951, penduduk tempatan yang mencabar undang-undang telah dipenjarakan sehingga orang awam menggesa akan pembebasan mereka. Tindakan paling memalukan terhadap bantahan pengharaman tomato yang terkenal pada tahun 1957 ialah apabila pembangkang mengadakan pengebumian tomato secara olok-olok lengkap beserta keranda dan perarakan. Selepas tahun 1957, kerajaan tempatan memutuskan untuk menurut kemahuan penduduk, menetapkan beberapa peraturan, dan membenarkan tradisi pelik itu. Walaupun tomato-tomato itu menjadi perhatian, seminggu perayaan diadakan sehingga ke hari pertarungan terakhir. Ia adalah perayaan meraikan orang-orang kudus Bunol, Virgin Mary dan St. Louis Bertrand, dengan perarakan jalanan, iringan muzik, dan bunga api dalam pelbagai kemeriahan fesyen Sepanyol. Untuk membina kekuatan menjelang pertarungan, paella epik dihidangkan pada malam pertempuran, mempamerkan makanan ikon rakyat Valencia yang terdiri daripada nasi, makanan laut, safron, dan minyak zaitun. Hari ini, festival bebas ini mengandungi beberapa turutan. Pihak penganjur telah berusaha keras sehingga sanggup menghasilkan pelbagai jenis tomato busuk tersendiri hanya untuk acara tahunan ini. Festival bermula sekitar jam 10 pagi apabila peserta berlumba merebut ham yang terletak di atas tiang berminyak. Penonton mengacukan hos air kepada peserta-peserta yang sedang berebut sambil menyanyi dan menari di jalanan. Apabila loceng gereja berbunyi pada waktu tengahari, trak yang padat dengan tomato mula memasuki bandar, sambil laungan “Tomato! Tomato!” mencapai kekuatan maksimum. Kemudian, dengan tembakan meriam air, acara utama dimulakan. Itulah lampu hijau untuk mula menghancur dan memulakan serangan tomato dari semua arah terhadap para peserta. Lontaran tomato jarak jauh, pembunuh titik-kosong, dan tembakan cangkuk sederhana. Apa sahaja teknik anda, apabila ia berakhir, anda akan kelihatan (dan merasa) agak berbeza. Hampir sejam selepas itu, pengebom bermandian tomato dibiarkan bermain di lautan salsa jalanan dengan hanya sedikit sahaja tomato yang masih kelihatan. Tembakan meriam kedua memberi isyarat berakhirnya pertempuran. | Entry #19315 — Discuss 0 — Variant: Not specifiednone
Rating type | Overall | Quality | Accuracy |
---|
Entry | 2.36 | 2.43 (7 ratings) | 2.29 (7 ratings) |
- 5 users entered 11 "dislike" tags
- 3 users agreed with "dislikes" (4 total agrees)
| Grammar errors Perkataan "ianya" tidak boleh digunakan kerana kata "ia" dan 'nya" merupakan kata ganti nama diri orang ketiga dan tidak boleh disekalikan/digabungkan penggunaannya. | Aiman Johari | |
pada tahun 1950 | Mistranslations dalam 1950-an | Maizura Mohamad No agrees/disagrees | |
pertarungan terakhir. Ia adalah | Other Can't start a sentence with "ia" so the two sentences can be joined i.e. "sehingga ke hari pertarungan terakhir iaitu sambutan ..." | Maizura Mohamad No agrees/disagrees | |
pelbagai kemeriahan fesyen Sepanyol | Mistranslations gaya Sepanyol yang meriah | Maizura Mohamad No agrees/disagrees | |
tomato busuk | Mistranslations unpalatable is not busuk | Maizura Mohamad No agrees/disagrees | |
+2 2 tengahari | Spelling tengah hari | Norhidayah Azizan (X) | |
| Entah siapa yang pertama sekali melontarkan buah tomato penentu yang mencetuskan revolusi La Tomatina. Hakikatnya, tidak ada seorang pun yang tahu. Mungkin, ia pemberontakan anti-Franco, ataupun pesta yang bertukar menjadi kucar-kacir. Menurut versi cerita yang paling popular, semasa pesta Los Gigantes (iaitu perarakan patung mâché kertas gergasi) pada tahun 1945, orang tempatan berniat untuk berkelahi bagi menarik perhatian ramai. Mereka terserempak dengan pedati sayur-mayur berhampiran lalu mula melontar buah tomato yang ranum. Para pemerhati yang tidak tahu apa-apa terlibat sama sehingga tempat kejadian menjadi bertambah besar dengan huru-hara buah-buahan yang berterbangan. Pencetus kejadian terpaksa membayar balik kepada pembekal buah tomato, namun ini tidak menghalang berlakunya lebih banyak pergaduhan buah tomato–maka lahirlah satu tradisi yang baharu. Takut dengan keadaan yang mungkin berubah menjadi luar kawalan, pihak berkuasa menganunkan, mengendurkan, dan kemudian menguatkuasakan semula siri pengharamannya pada tahun 1950an. Pada tahun 1951, orang tempatan yang melanggar undang-undang tersebut dipenjarakan sehinggalah bantahan awam mendesak pembebasan mereka. Peristiwa kebiadapan pengharaman buah tomato yang terkenal berlaku pada tahun 1957 apabila penyokongnya menganjurkan upacara pengkebumian buah tomato tiruan yang lengkap dengan keranda dan perarakan. Selepas tahun 1957, kerajaan tempatan memutuskan untuk menghadapi kenyataan, lalu menetapkan beberapa peraturan, lantas menerima tradisi yang aneh ini. Walaupun buah tomato adalah fokus paling utama, pelbagai pesta selama satu minggu sebelum acara kemuncak yang akhir. Sambutan perayaan keramat pelindung Buñol, iaitu Madonna dan St. Louis Bertrand, dengan perarakan jalanan, muzik, dan pertunjukan bunga api diadakan dengan penuh kegembiraan ala orang Sepanyol. Untuk bersedia dengan kudrat menghadapi pergaduhan beramai-ramai itu, satu paella yang agung dihidangkan pada ambang pertempuran, iaitu hidangan Valencia yang ikonik yang terdiri daripada nasi, makanan laut, safron dan minyak zaitun. Hari ini, pesta tanpa batasan ini sudah pun jauh lebih teratur. Penganjur telah berusaha lebih jauh lagi sehingga menanam satu jenis tomato istimewa hanya untuk acara tahunan ini iaitu tomato yang tidak enak dimakan. Perayaan bermula sekitar jam 10 pagi apabila peserta berlumba-lumba merebut ham yang diikat pada mercu tiang yang bergris. Para pemerhati pula menyimbah air pada pelumba menggunakan hos sambil menyanyi dan berdansa di jalan raya. Apabila loceng gereja berbunyi pada jam 12 tengah hari, trak yang dibebani dengan buah tomato masuk ke bandar. Pada masa yang sama, teriakan "To-ma-te, to-ma-te!" memuncak menjadi kresendo. Kemudian, apabila meriam air ditembak, acara utama bermula. Itu lampu hijau untuk peserta menghancurkan dan melontar buah tomato dalam serangan bermati-matian terhadap para peserta yang lain. Pelontar lob buah tomato jarak jauh, pembunuh jarak dekat, dan pembaling cangkuk jarak sederhana. Apa jua teknik yang digunakan, anda pasti kelihatan (dan berasa) amat berbeza sebaik sahaja ia berakhir. Hampir satu jam kemudian, para pengebom yang basah kuyup dengan tomato bersuka ria dalam lautan salsa jalanan yang berdecit yang tidak langsung menyerupai buah tomato lagi. Tembakan meriam yang kedua menandakan berakhirnya pertempuran ini. | Entry #18830 — Discuss 0 — Variant: Not specifiednone
Rating type | Overall | Quality | Accuracy |
---|
Entry | 2.25 | 2.17 (6 ratings) | 2.33 (6 ratings) |
- 1 user entered 1 "like" tag
- 1 user agreed with "likes" (1 total agree)
| Flows well istilah tepat | Norhidayah Azizan (X) | |
- 3 users entered 11 "dislike" tags
- 3 users agreed with "dislikes" (3 total agrees)
- 1 user disagreed with "dislikes" (5 total disagrees)
sekali | Omission | Norhidayah Azizan (X) No agrees/disagrees | |
-1 +2 3 sayur-mayu | Spelling sayur-sayuran! | Norhidayah Azizan (X) | |
-1 1 keramat | Mistranslations suci | Norhidayah Azizan (X) | |
-1 1 satu paella | Mistranslations Paella is actually a dish | Norhidayah Azizan (X) | |
pada ambang pertempuran | Mistranslations Guna sebelum pertempuran sudah memadai | Norhidayah Azizan (X) No agrees/disagrees | |
pun jauh | Omission should be omitted | Norhidayah Azizan (X) No agrees/disagrees | |
ham | Mistranslations | Ummuafia No agrees/disagrees | |
-1 +1 1 kresendo | Spelling wtf??? | Norhidayah Azizan (X) | |
-1 1 Pelontar lob buah | Spelling Kenapa macam bahasa Indonesia? | Norhidayah Azizan (X) | |
| Siapakah gerangan bertanggungjawab melemparkan buah tomato pertama yang mencetuskan revolusi La Tomatina? Yang pasti, tiada siapa yang tahu. Mungkinkah ia suatu pemberontakan anti-Franco, ataupun karnival yang kehilangan kawalan. Menurut versi kisah yang termasyur, ketika sambutan perayaan Los Gigantes (perarakan boneka papier mâché gergasi) pada tahun 1945, penduduk tempatan giat mencari alasan untuk mencetuskan pergaduhan demi mendapatkan perhatian. Mereka terserempak dengan sebuah pedati sayur yang terletak berhampiran, lalu mereka pun mula melemparkan tomato ranum. Orang ramai yang tidak berkaitan secara tidak langsung menjadi terlibat, sehinggalah adegan tersebut memuncak dengan layangan liar buah-buahan yang menghuru-harakan lagi keadaan. Walaupun si batu api terpaksa membayar ganti rugi penjual tomato, namun hukuman itu gagal menghalang perulangan peristiwa pelemparan tomato itu daripada berlaku lagi, maka lahirlah sebuah tradisi yang baru. Mengkhuatiri keadaan di luar jangkaan, pihak berkuasa lantas menggubalkan, melonggarkan, dan mengembalikan suatu siri pengharaman pada zaman 1950-an. Pada tahun 1951, penduduk tempatan yang mencabar undang-undang tersebut dipenjarakan, sehinggalah bantahan kuat orang awam menggalakkan pembebasan mereka. Kelancangan terkemuka pengharaman tomato itu berlangsung pada tahun 1957, apabila pihak penyokong mengadakan pengebumian tomato secara olok-olok, lengkap dengan sebuah keranda dan perarakan. Selepas tahun 1957, kerajaan tempatan membuat keputusan untuk menerima hakikat menerusi penetapan beberapa peraturan, lantas memeluk tradisi aneh tersebut. Walaupun buah tomato merupakan tumpuan utama, namun perayaan dilangsungkan selama seminggu. Ia adalah satu perayaan orang-orang penaung kudus Buñol, Virgin Mary dan Santo Louis Bertrand, dengan perarakan jalanan, muzik, dan bunga api yang disambut dengan meriah menurut cara orang Sepanyol. Sebagai cara untuk mengumpulkan tenaga bagi persiapan untuk kegasakan yang dijangka, satu paella yang hebat dihidangkan pada malam pertempuran, mempamerkan hidangan Valencia terkemuka termasuk beras, makanan laut, kunyit, dan minyak zaitun. Dewasa ini, perayaan yang tidak terbendung ini mempunyai beberapa peraturan. Para penganjur giat menanam pelbagai jenis tomato istimewa yang tidak enak hanya untuk tujuan menyambut acara tahunan ini. Perayaan tersebut bermula pada kira-kira pukul 10 pagi apabila para peserta berlumba untuk merebut daging ham yang diletakkan di puncak tiang yang disaluti dengan minyak. Para penonton pula menyembur air ke arah para peserta sambil menyanyi dan menari-nari di jalanan. Apabila loceng gereja berbunyi menandakan waktu tengah hari, lori yang bersarat penuh dengan tomato akan dipandu ke bandar, dengan laungan "To-ma-te, to-ma-te!" daripada khalayak ramai menjadi semakin lantang. Dengan tembakan meriam air, acara utama bermula. Ia mengisyaratkan permulaan penghancuran dan pelemparan tomato dalam serangan yang bertubi-tubi ke arah para peserta. Setiap pelempar tomato berjarak jauh, penyerang sulit, dan penyerang sederhana mencuba nasib mereka. Apa sahaja teknik anda, apabila masa sudah tamat, anda akan nampak (dan juga berasa) agak berlainan. Hampir sejam kemudian, pelempar tomato dibiarkan bermain di jalanan penuh lecak yang menyerupai lautan salsa tanpa sebiji buah pun tinggal yang menyerupai tomato. Ledakan meriam yang kedua mengisyaratkan berakhirnya pertempuran. | Entry #17303 — Discuss 0 — Variant: Not specifiednone
Rating type | Overall | Quality | Accuracy |
---|
Entry | 2.22 | 2.29 (7 ratings) | 2.14 (7 ratings) |
- 5 users entered 9 "dislike" tags
namun hukuman itu gagal menghalang perulangan peristiwa pelemparan tomato itu daripada berlaku lagi, maka lahirlah sebuah tradisi yang baru. | Syntax | Maizura Mohamad No agrees/disagrees | |
Mengkhuatiri keadaan di luar jangkaan | Spelling Khuatir keadaan bertambah buruk | Maizura Mohamad No agrees/disagrees | |
memeluk | Mistranslations "memeluk" is unsuitable at all | Mohd Hamzah No agrees/disagrees | |
bersarat | Spelling penuh sarat/ dipenuhi | Norhidayah Azizan (X) No agrees/disagrees | |
penyerang sulit | Mistranslations translation "penyerang sulit" is incompatible | Mohd Hamzah No agrees/disagrees | |
penyerang sederhana | Mistranslations | ijam23 No agrees/disagrees | |
| Siapakah yang membuat balingan peristiwa tomato pertama yang memulakan revolusi La Tomatina? Hakikatnya tiada siapa yang tahu. Mungkin itu adalah pemberontakan anti-Franco, atau pesta yanng menjadi tidak terkawal. Menurut versi cerita yang paling popular, semasa perayaan 1945 di Los Gigantes (perarakan gergasi boneka kertas mache), penduduk tempatan telah mencari gaduh untuk mendapatkan perhatian. Ia berlaku apabila sebuah kereta sorong sayur-sayuran yang berhampiran dan mula melemparkan tomato masak. Penonton yang tidak tahu menahu pun terlibat sehingga kejadian itu menjadi bertambah huru-hara dengan buah-buahan berterbangan begitu banyak sekali. Orang yang memulakan kejadian itu terpaksa membayar balik kepada penjual tomato, tetapi itu tidak menghalang berulangnya lebih pergaduhan tomato —dan terlahirlah tradisi baru. Takut akan keadaan menjadi semakin buruk yang sukar dikawal, pihak berkuasa telah menggubal, menjadi santai, dan kemudian mengembalikan satu siri pengharaman pada tahun 1950. Pada tahun 1951, penduduk tempatan yang mencabar undag-undang dipenjarakan sehinggan bantahan awam menggesa pembebasan mereka. Kelancangan yang paling terkenal kepada pengharaman tomato berlaku pada tahun 1957 apabila penyokong mengadakan pengebumian tomato olok-olok yang lengkap dengan keranda dan perarakan. Selepas 1957, kerajaan tempatan memutuskan untuk melancarkan dengan berkesan, menetapkan beberapa peraturan, dan menerima tradisi gila itu. Walaupun tomato telah menarik perhatian umum, seminggu perayaan membawa kepada penutupan akhir. Ini adalah satu perayaan penaung santa Bunol, Virgin Mary dan St. Louis Bertrand, dengan perarakan jalanan, muzik, dan bunga api gaya Sepanyol yang meriah. Untuk membina keutuhan bagi pergaduhan yang berlaku itu, satu paella epik dihidangkan pada malam pertarungan, mempamerkan hidangan ikonik Valencia iaitu beras, makanan laut, safron, dan minyak zaitun. Kini, perayaan tanpa belenggu ini mempunyai beberapa sukatan arahan. Penganjur telah berusaha untuk memupuk pelbagai keistimewaan tomato yang enak semata-mata untuk acara tahunan. Perayaan bermula sekitar 10 pagi apabila peserta berlumba merebut ham yang dilekatkan pada atas tiang berminyak. Penonton menyiram dengan menggunakan hos ke arah peserta sambil menyanyi dan menari di jalanan. Apabila loceng gereja menunjukkan tepat masuk waktu tengah hari, trak penuh dengan tomato memasuki kawasan bandar, ketika lagu "To-ma-te, to-ma-te!" dimainkan memuncak. Kemudian, acara bermula dengan pancutan meriam air. Itulah lampu hijau untuk menghancurkan dan melancarkan tomato dalam serangan habis-habisan terhadap peserta lain. Pemukul tomato jarak jauh, penembak jarak dekat, dan jarak sederhana membuat tembakan. Apa sahaja teknik anda, apabila masa tamat, anda akan kelihatan (dan berasa) sedikit berbeza. Hampir satu jam kemudian, pengebom berendam dengan tomato dibiarkan bermain di lautan yang dipenuhi dengan sos salsa di jalanan kelihatan tak ubah seperti tomato. Tembakan kedua meriam menandakan pertempuran sudah berakhir. | Entry #16211 — Discuss 0 — Variant: Not specifiednone
Rating type | Overall | Quality | Accuracy |
---|
Entry | 1.67 | 2.00 (3 ratings) | 1.33 (3 ratings) |
- 1 user entered 1 "dislike" tag
- 1 user agreed with "dislikes" (1 total agree)
+1 1 mache | Spelling mâché | MEiNN | |
| Yang dibuang yang tomato pertama itu bahawa memulakan revolusi La Tomatina? Realitinya adalah tidak ada yang tahu. Mungkin ia adalah satu pemberontakan anti-Franco, atau karnival yang keluar dari tangan. Menurut versi yang paling popular cerita, semasa perayaan 1945 di Los Gigantes (kertas Mache boneka perarakan gergasi), penduduk tempatan sedang mencari untuk mengadakan pergaduhan untuk mendapatkan perhatian. Mereka berlaku apabila kereta sayuran berdekatan dan mula melemparkan tomato masak. Penonton yang tidak bersalah mendapat terlibat sehingga adegan meningkat menjadi huru-hara besar buah-buahan terbang. Yang instigators terpaksa membayar balik vendor tomato, tetapi itu tidak menghalang berulangnya lebih tomato pergaduhan dan kelahiran tradisi baru. Takut satu peningkatan terkawal, pihak berkuasa digubal, santai, dan kemudian dikembalikan semula satu siri pengharaman pada 1950-an. Pada tahun 1951, penduduk tempatan yang mencabar undang-undang yang telah dipenjarakan sehingga bantahan awam menggesa pembebasan mereka. Yang kelancangan yang paling terkenal kepada pengharaman tomato berlaku pada tahun 1957 apabila penyokong mengadakan pengebumian olok-olok tomato lengkap dengan keranda dan perarakan. Selepas 1957, kerajaan tempatan memutuskan untuk melancarkan dengan tumbukan, menetapkan beberapa peraturan di tempat, dan memeluk tradisi aneh. Walaupun tomato mengambil peringkat pusat, seminggu perayaan membawa kepada pertarungan akhir. Ia adalah satu perayaan orang-orang kudus penaung Bunol ini, Perawan Maria dan St Louis Bertrand, dengan perarakan jalanan, muzik, dan bunga api di meriah fesyen Sepanyol. Untuk membina kekuatan anda untuk pergaduhan itu berlaku, satu paella epik dihidangkan pada malam pertempuran, mempamerkan hidangan ikon Valencian beras, makanan laut, kunyit, dan minyak zaitun. Hari ini, perayaan tanpa belenggu ini mempunyai beberapa ukuran perintah. Penganjur telah pergi setakat untuk memupuk pelbagai khas tomato enak hanya untuk acara tahunan. Perayaan bermula kira-kira 10 pagi apabila peserta perlumbaan merebut ham tetap atas tiang berminyak. Penonton hos yang scramblers dengan air sambil menyanyi dan menari di jalan-jalan. Apabila loceng gereja menyerang tengah hari, trak penuh dengan tomato roll ke dalam bandar, manakala teriakan "Untuk-ma-te, kepada-ma-te!" mencapai dimainkan semakin keras a. Kemudian, dengan menembak meriam air, acara utama bermula. Itu lampu hijau untuk menghancurkan dan melancarkan tomato dalam serangan habis-habisan menentang peserta lain. Pemain lob tomato jarak jauh, jarak dekat pembunuh, dan pelbagai medium tembakan cangkuk. Apa sahaja teknik anda, dengan masa yang ia lebih, anda akan melihat (dan merasa) agak berbeza. Hampir sejam kemudian, pengebom tomato-direndam dibiarkan bermain di lautan salsa jalan squishy dengan sedikit kiri menyerupai tomato yang akan dijumpai. Pukulan meriam kedua isyarat akhir pertempuran. | Entry #17774 — Discuss 0 — Variant: Not specifiednone
Rating type | Overall | Quality | Accuracy |
---|
Entry | 1.00 | 1.00 (3 ratings) | 1.00 (3 ratings) |
- 3 users entered 9 "dislike" tags
Mache | Spelling mâché | MEiNN No agrees/disagrees | |
perayaan tanpa belenggu ini | Spelling ????? | Norhidayah Azizan (X) No agrees/disagrees | |
hos | Spelling | Norhidayah Azizan (X) No agrees/disagrees | |
scramblers | Spelling | Norhidayah Azizan (X) No agrees/disagrees | |
roll | Spelling | Norhidayah Azizan (X) No agrees/disagrees | |
a. | Spelling | Norhidayah Azizan (X) No agrees/disagrees | |
Pemain lob tomato jarak jauh, jarak dekat pembunuh, dan pelbagai medium tembakan cangkuk. | Mistranslations | Norhidayah Azizan (X) No agrees/disagrees | |
jalan squishy | Mistranslations | Norhidayah Azizan (X) No agrees/disagrees | |
| | | | | X Sign in to your ProZ.com account... | | | | | | ProZ.com translation contestsProZ.com translation contests offer a fun way to take a break from your normal routine while testing and honing your skills with fellow translators.
ProZ.com Translation Contests. Patent pending. |