Who cast that first fateful tomato that started the La Tomatina revolution? The reality is no one knows. Maybe it was an anti-Franco rebellion, or a carnival that got out of hand. According to the most popular version of the story, during the 1945 festival of Los Gigantes (a giant paper mâché puppet parade), locals were looking to stage a brawl to get some attention. They happened upon a vegetable cart nearby and started hurling ripe tomatoes. Innocent onlookers got involved until the scene escalated into a massive melee of flying fruit. The instigators had to repay the tomato vendors, but that didn't stop the recurrence of more tomato fights—and the birth of a new tradition.
Fearful of an unruly escalation, authorities enacted, relaxed, and then reinstated a series of bans in the 1950s. In 1951, locals who defied the law were imprisoned until public outcry called for their release. The most famous effrontery to the tomato bans happened in 1957 when proponents held a mock tomato funeral complete with a coffin and procession. After 1957, the local government decided to roll with the punches, set a few rules in place, and embraced the wacky tradition.
Though the tomatoes take center stage, a week of festivities lead up to the final showdown. It's a celebration of Buñol's patron saints, the Virgin Mary and St. Louis Bertrand, with street parades, music, and fireworks in joyous Spanish fashion. To build up your strength for the impending brawl, an epic paella is served on the eve of the battle, showcasing an iconic Valencian dish of rice, seafood, saffron, and olive oil.
Today, this unfettered festival has some measure of order. Organizers have gone so far as to cultivate a special variety of unpalatable tomatoes just for the annual event. Festivities kick off around 10 a.m. when participants race to grab a ham fixed atop a greasy pole. Onlookers hose the scramblers with water while singing and dancing in the streets. When the church bell strikes noon, trucks packed with tomatoes roll into town, while chants of "To-ma-te, to-ma-te!" reach a crescendo.
Then, with the firing of a water cannon, the main event begins. That's the green light for crushing and launching tomatoes in all-out attacks against fellow participants. Long distance tomato lobbers, point-blank assassins, and medium range hook shots. Whatever your technique, by the time it's over, you will look (and feel) quite different. Nearly an hour later, tomato-soaked bombers are left to play in a sea of squishy street salsa with little left resembling a tomato to be found. A second cannon shot signals the end of the battle. | Siapakah yang melempar buah tomato pertama yang memulakan revolusi La Tomatina? Sebenarnya tiada orang yang tahu. Mungkin ia bermula ketika pemberontakan menentang Franco, atau mungkin karnival yang tidak dapat dikawal. Menurut cerita paling popular, ketika pesta Los Gigantes pada tahun 1945 (perarakan patung kertas mâché raksaksa), penduduk tempatan cuba memulakan pergaduhan olok-olok untuk mendapatkan perhatian. Kebetulan ada kereta sayur-sayuran berdekatan jadi mereka mula membaling buah tomato masak. Orang ramai yang menonton turut melibatkan diri, lalu buah-buahan melayang ke sana ke mari. Pencetus huru-hara terpaksa membayar ganti rugi kepada penjual tomato, tetapi perang tomato ini berulang semula kemudian—dan tradisi baru pun dimulakan. Pihak berkuasa yang bimbang insiden ini menular menjadi lebih serius segera menguatkuasakan larangan, kemudian menarik balik, dan menguatkuasakannya semula beberapa kali sepanjang tahun 1950-an. Pada tahun 1951, penduduk tempatan yang tidak menghiraukan larangan ini disumbat ke dalam penjara, sehingga kemarahan umum memaksa mereka dibebaskan. Penentangan paling terkenal terhadap larangan tomato ini berlaku pada tahun 1957 apabila para penyokong mengadakan pengkebumian tomato olok-olok, lengkap dengan keranda dan perarakan. Selepas tahun 1957, pihak berkuasa tempatan terpaksa mengikut kehendak umum, membuat beberapa peraturan, dan menyokong tradisi ganjil ini. Walaupun pertempuran tomato adalah acara utama, pesta diadakan sepanjang seminggu sebelumnya. Perayaan dibuat meraikan santo-santo pelindung Buñol, iaitu Virgin Mary dan St. Louis Bertrand, dengan perarakan jalanan, muzik, dan bunga api dalam keriangan cara Sepanyol. Untuk mempersiapkan diri, paella yang terkenal dihidangkan pada malam sebelum pertempuran, dengan hidangan nasi, makanan laut, safron, dan minyak zaitun gaya Valencia yang ikonik. Hari ini, pesta tanpa peraturan ini lebih terurus. Penganjurnya sehinggakan menanam sejenis tomato yang tidak sesuai dimakan, khas untuk acara ini. Pesta bermula sekitar pukul 10 pagi apabila para peserta berlumba merebut daging babi yang diikat di hujung tiang yang diminyakkan. Para penonton menyembur air kepada peserta sambil menyanyi dan menari di jalan-jalan. Apabila loceng gereja dibunyikan tepat-tepat waktu tengah hari, beberapa buah lori sarat dengan tomato masuk ke bandar, dan laungan "To-ma-te, to-ma-te!" mula meninggi. Apabila meriam air ditembak, acara utama pun bermula. Inilah isyarat untuk mula memenyek dan melempar tomato dalam serangan bertubi-tubi ke arah peserta-peserta lain. Pelancaran tomato jarak jauh, tujahan dekat, atau balingan jarak sederhana. Apa jua teknik anda, setelah masa tamat, anda akan kelihatan (dan rasa) berbeza sekali. Hampir sejam kemudian, para pengebom yang berlumuran tomato dibiarkan bermain di dalam lautan salsa di tengah jalan, tanpa sebiji pun tomato yang masih tinggal. Tembakan meriam kedua menandakan tamatnya pertempuran. |