Who cast that first fateful tomato that started the La Tomatina revolution? The reality is no one knows. Maybe it was an anti-Franco rebellion, or a carnival that got out of hand. According to the most popular version of the story, during the 1945 festival of Los Gigantes (a giant paper mâché puppet parade), locals were looking to stage a brawl to get some attention. They happened upon a vegetable cart nearby and started hurling ripe tomatoes. Innocent onlookers got involved until the scene escalated into a massive melee of flying fruit. The instigators had to repay the tomato vendors, but that didn't stop the recurrence of more tomato fights—and the birth of a new tradition.
Fearful of an unruly escalation, authorities enacted, relaxed, and then reinstated a series of bans in the 1950s. In 1951, locals who defied the law were imprisoned until public outcry called for their release. The most famous effrontery to the tomato bans happened in 1957 when proponents held a mock tomato funeral complete with a coffin and procession. After 1957, the local government decided to roll with the punches, set a few rules in place, and embraced the wacky tradition.
Though the tomatoes take center stage, a week of festivities lead up to the final showdown. It's a celebration of Buñol's patron saints, the Virgin Mary and St. Louis Bertrand, with street parades, music, and fireworks in joyous Spanish fashion. To build up your strength for the impending brawl, an epic paella is served on the eve of the battle, showcasing an iconic Valencian dish of rice, seafood, saffron, and olive oil.
Today, this unfettered festival has some measure of order. Organizers have gone so far as to cultivate a special variety of unpalatable tomatoes just for the annual event. Festivities kick off around 10 a.m. when participants race to grab a ham fixed atop a greasy pole. Onlookers hose the scramblers with water while singing and dancing in the streets. When the church bell strikes noon, trucks packed with tomatoes roll into town, while chants of "To-ma-te, to-ma-te!" reach a crescendo.
Then, with the firing of a water cannon, the main event begins. That's the green light for crushing and launching tomatoes in all-out attacks against fellow participants. Long distance tomato lobbers, point-blank assassins, and medium range hook shots. Whatever your technique, by the time it's over, you will look (and feel) quite different. Nearly an hour later, tomato-soaked bombers are left to play in a sea of squishy street salsa with little left resembling a tomato to be found. A second cannon shot signals the end of the battle. | Siapakah yang melontar tomato keramat yang pertama yang telah memulakan revolusi La Tomatina? Hakikatnya, tiada siapa yang tahu. Mungkin, revolusi ini satu pemberontakan anti-Franco, atau suatu pesta yang tidak terkawal. Menurut kisah yang paling popular, ketika pesta 1945 di Los Gigantes (perarakan patung gergasi daripada kertas mache), orang tempatan mencari peluang untuk mengadakan pergaduhan untuk menarik perhatian. Peristiwa ini berlaku dekat dengan kereta sorong sayuran dan tomato masak pun dilontar. Pemerhati yang tidak berkaitan pun terlibat hingga keadaan itu menjadi suatu kemelut buah tomato yang berterbangan. Pemula insiden itu terpaksa membayar vendor tomato tetapi itu tidak menamatkan kejadian pergaduhan tomato berulang - malah ahirlah satu tradisi baru. Bimbang dengan peningkatan keadaan tidak terkawal, pihak berkuasa menggubal, mengendurkan, dan kemudian mengenakan semula beberapa larangan dalam tahun 1950-an. Pada tahun 1951, orang tempatan yang melanggar undang-undang itu dipenjarakan hingga bantahan awam menuntut mereka dibebaskan. Satu kebiadaban yang masyhur terhadap larangan tomato berlaku dalam tahun 1957 apabila penyokong mengadakan pengebumian tomato lengkap dengan keranda dan perarakannya. Selepas 1957, kerajaan tempatan membuat penyesuaian terhadap keadaan yang sukar itu dengan mengadakan beberapa peraturan dan menerima tradisi yang gila itu. Walaupun tomato mengambil tempat utama, pesta seminggu diadakan hingga acara utama itu. Ia merupakan perayaan penaung santa Bunol, iaitu Virgin Mary dan St. Louis Betrand, dengan perarakan, muzik, dan bunga api dengan keriangan ala Sepanyol. Untuk menyediakan kekuatan diri untuk pergaduhan yang menjelang, satu paella epik dihidangkan pada petang pertempuran, yakni satu pameran hidangan ikonik Valencia yang terdiri daripada nasi, makanan laut, safron, dan minyak zaitun. Kini, pesta yang tak terkekang itu mempunyai serba sedikit aturan. Pengelola telah melangkah jauh dengan menanam tomato yang tidak boleh dimakan khusus untuk upacara tahunan itu. Pesta bermula pada jam 10 pagi apabila peserta berlumba untuk mencekup ham yang diletakkan di atas tiang licin. Penonton memancut pemanjat itu dengan air sambil menyanyi dan menari di jalan-jalan. Apabila loceng gereja berbunyi waktu tengah hari, trak yang penuh dengan tomato bergerak ke dalam bandar, dengan laungan "To-ma-te, to-ma-te" sampai pada kemuncaknya. Kemudian, dengan tembakan meriam air, acara utama pun bermula. Itulah lampu hijau untuk menghancurkan dan melontarkan tomato dengan menyerang peserta lain. Penghumban tomato yang jauh, penembak dekat, dan lontaran jauh sederhana. Tidak kira apa teknik yang digunakan, apabila upacara tamat, anda akan kelihatan (dan berasa) agak lain. Hampir sejam kemudian, pengebom tomato yang berlumus dengan tomato bermain-main di jalan yang lembik dengan pecahan tomato. Tembekan meriam yang kedua menandakan peperangan sudah tamat. |